Wednesday, August 20, 2008

Bukan 'kerja gila' bentuk kerajaan baru - Anwar

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, matlamatnya untuk menjadi ahli Parlimen dan menarik wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti untuk membentuk kerajaan pembangkang bukan 'kerja gila'.

Menurutnya, perkara itu sebenarnya dirancang sejak 10 tahun lepas.

"Selama 10 tahun saya menanti. (Tempoh) 10 tahun bukan satu masa yang lama," katanya dalam nada mendendangkan lagu ketika berceramah di Kampung Petani di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau menaruh keyakinan tinggi untuk kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh setelah terpaksa melepaskan kerusi itu pada 1999 kerana dipenjarakan atas jenayah liwat.
"Rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak sudah berjanji akan (menyokong saya) membentuk kerajaan sebaik sahaja saya melangkah ke Parlimen," katanya.
Anwar menetapkan sasaran 16 September ini sebagai tarikh untuk membentuk kerajaan pusat yang baru.

Beliau yang menyandang kerusi Permatang Pauh dari 1982 hingga 1998 memberitahu, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ada memintanya supaya bertanding pada 2004.

"Pada tahun 2004, saya dah kata kalau ada peluang saya akan bertanding," katanya.
Anwar yang juga Penasihat PKR turut yakin akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Pada 26 Ogos kita menang. Pada 29 Ogos Perdana Menteri akan bentangkan Bajet (2009) dan saya akan duduk bertentangan dengan beliau," katanya...Utusan Online

5 comments:

hasipin66 said...

Dalam istilah politik tak dapat lari dua istilah iaitu "gila dan kuasa",kena ada dua G&K barulah sempurna "aura politik".soalnya begitukah prasyaratnya nak jadi pemimpin di negara kita?,sepatutnya tak begitu.sebab politik merupakan jihad,cabang kepada tuntutan fardhu kifayah.

hasipin66 said...

buat kerja betul dan ikhlas,Allah lebih tahu.Pemimpin baik dan betul rakyat sokong,selamat makmur negara.

waritarakyat said...

16Sept,2008 tu hanya angan2 kosong.
Mungkin hanya tinggal kenangan buat penyokong beliau.

daddy-wafiah said...

Apa pun yang dikatakan oleh DSAI,hanya mainan politik beliau.kalau nak betulkan keadaan dari dulu lagi beliau sudah buat..kalau Tun Mahathir tak serahkan jawatan pm kepada Pak lah,jangan haraplah DSAI bebas dari penjara.tak pernah pun dia ucap terima kasih.sekarang nak lawan plak...sedar2lah umur dah makin tua

JomoSama@2'R'Run said...

Aramaiti......tanakwagu!!!
Biarlah dia dengan 10 tahunnya atau 20 tahunnya.... yang dia impikan tidak akan tercapai, malah yang di kendong pula kan berciciran...biarkan,biarkan c luncai terjun dengan labu-labunya.