Thursday, February 26, 2009

Lantik wakil pembangkang bukti terbuka

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pelantikan dua Ahli Parlimen pembangkang sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan sebagai bukti keterbukaan serta kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi kegiatan rasuah di negara ini.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, sekurang-kurangnya dengan pelantikan dua ahli Parlimen itu, Abdullah mengiktiraf peranan pembangkang untuk membantu kerajaan memerangi gejala rasuah yang sehingga kini masih berlaku.
''Saya yakin dan percaya dua ahli Parlimen tersebut iaitu Dr. Tan Seng Giaw (DAP) dan Salahuddin Ayub (Pas) mempunyai idea-idea serta cara yang berkesan untuk menghapuskan gejala rasuah.
''Yang penting penglibatan mereka di dalam jawatankuasa itu dapat mengatasi masalah 'pendakwaan terpilih' kerana mereka mempunyai platform untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pelantikan Seng Giaw dan Salahuddin sebagai anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah seperti mana yang diumumkan semalam.
Sumber: Berita Harian Online

Pembangkang sengaja mahu tarik perhatian

TELUK INTAN 25 Feb. - Dakwaan dua ahli politik pembangkang bahawa mereka pernah ditawarkan sejumlah wang dan beberapa tawaran lain daripada Barisan Nasional (BN) agar keluar parti disifatkan sebagai sengaja mahu 'menarik perhatian'.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembangkang terpaksa menggunakan cara tersebut bagi mengelirukan rakyat disebabkan mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar iaitu berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.
"Saya tak tau langsung, boleh jadi depa (mereka) buat cerita. Buat cerita macam-macam ini memang menarik. Jadi, banyak orang dakwa itu, buat andaian itu, tuduhan pun ada juga,. Macam-macam yang berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kad Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia dan Bantuan Kebajikan Persekutuan di sini hari ini.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.
ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri dan pusat di pejabat SPRM Perak di sini.
Antara lain mereka mendakwa pernah ditawarkan wang berjumlah antara RM3 juta dan RM20 juta selain jawatan tertentu dalam kerajaan negeri.
Sementara itu, mengulas persediaan BN menghadapi tiga pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, Perdana Menteri berkata, semua jentera telah diarah bersiap sedia.
"Semua kita kena tumpu sebaik-baiknya kerana kita hendak menang. Kita letak calon dalam pilihan raya kecil itu kerana kita mahu dia menang," katanya.
Ditanya tentang senarai calon, kata Abdullah, beliau belum menerima senarai daripada ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil itu setakat ini.
Mengenai desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) katanya, pihak kementerian masih menimbangkan isu itu
Sumber: Berita Harian Online

Friday, January 9, 2009

Pensiangan polls: Kurup's appeal hearing Jan 15

Kota Kinabalu: The Federal Court in Putrajaya has rescheduled to Jan 15, hearing of Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) President Tan Sri Joseph Kurup's appeal against an Election Court decision that declared null and void his win in Pensiangan during the March 8, 2008 general election.
The appeal was earlier fixed to be heard Wednesday (Jan 7).
Kurup's lawyer George Aludah told Daily Express that the Federal Court informed them last week of the new date of hearing the appeal.
On Sept 8 last year Judge David Wong Dak Wah held that Kurup, who was the Barisan Nasional candidate, was not duly returned as the winning candidate for the Pensiangan parliamentary seat.
He also awarded costs to the petitioner, Parti Keadilan Rakyat's (PKR) Danny Anthony Andipai, whose candidacy for the Pensiangan seat was rejected by the Returning Officer Bubudan OT Majalu on Feb 24, last year, the nomination day for the country's 12th general election.
The judge held that the wrongful rejection of Andipai's nomination papers by Bubudan had breached his (Andipai) constitutional right to take part in the election and with it the written law relating to the conduct of election.
Andipai, who is Nabawan PKR chief, filed the petition on April 9, 2008 naming Kurup and Bubudan as the first and second respondents, respectively.
He claimed that Bubudan had planned to make available only one counter for the delivery of nomination papers for Pensiangan and the State seats of Sook and Nabawan.
He contended that the plan was to prevent the timely delivery of nomination papers from other candidates to enable Kurup to be returned unopposed in the election on nomination day.
Andipai was represented by Haji Ansari Abdullah and Datuk Chau Chin Tang, while Kurup's lawyers were Alex Decena, Wilson Lai, Hajah Mariati Robert and Lau Cheung Hoon.
Senior Federal Counsel Suzana Atan, Chandradevi Letchumanan and Amrjeet Singh represented Bubudan.
Sumber: Daily Express