Thursday, October 16, 2008

Anwar cuba tutup kes salah guna kuasa

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad hari ini mengemukakan teori mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR- Permatang Pauh) ingin mengambil alih kerajaan dengan segera iaitu kerana mahu menutup kes-kes salahguna kuasa kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pembangkang.
Nur Jazlan memberitahu, sekarang baru beliau faham mengapa Anwar menetapkan 16 September untuk mengambil alih kerajaan kerana Ketua Umum PKR itu tahu bahawa orang-orang dialah yang rakus, tamak dan mengamalkan salahguna kuasa.
''Permatang Pauh sudah tahu perangai orang-orang dia, jadi sebelum lebih banyak lagi kes keluar di negeri-negeri bawah pemerintahan pembangkang, lebih baik cepat ambil kerajaan Pusat untuk tutup kes-kes ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2009 di sini hari ini.
Nur Jazlan memberitahu, sebahagian besar ucapan Anwar mengenai rasuah adalah menuduh ia dilakukan oleh kerajaan BN.
Katanya, perkara itu diulang beberapa kali dengan menyatakan bahawa pemimpin BN menyalahgunakan kuasa, terlalu lama memerintah sebab itu sudah sedap dengan kuasa dan mengamalkan korupsi.
''Tetapi saya hairan, kalau pemimpin BN mengamalkan korupsi yang berleluasa sebelum ini di negeri negeri yang sekarang ini diperintah oleh pembangkang, kenapa setelah enam bulan mereka memerintah, belum ada pendedahan yang dibuat oleh pakatan pembangkang mengenai korupsi yang berleluasa yang dibuat oleh pemimpin BN sebelum ini?," katanya. Utusan Online

4 comments:

daddy-wafiah said...

Salam.Pemimpin pembangkang nda berani mau report sebab diorang nda jumpa bukti korupsi yang dibuat pemimpin BN seperti yang didakwa mereka semasa BN masih memerintah di negeri yang dikuasai mereka sekarang.palui bah pembangkang ni.padahal diorang sendiri yang kantoi makan rasuah dan menyalahgunakan kuasa,seperti yang berlaku kepada 2 exco perak.

rumandawi said...

Pembangkang terutamanya pemimpin2nya sedang cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan mengatakan pemimpin BN terlibat dengan rasuah. Mereka takut sebenarnya kerana merekalah yang mengamalkan rasuah. Mereka sedar di zaman Pak Lah ni la banyak penyelewengan terbongkar kerana penyiasatan besar2an dibuat. Di kalangan pemimpin pembangkang sendiripun ramai yang didapati melakukan rasuah. DSAI cakap pemimpin BN rasuah sana rasuah sini tapi tidak dapat menyatakan siapa, apa dan di mana dengan jelas. Berani cakap saja tapi tiada bukti.

Senjaliza said...

DSAI watak utama dalam film bertajuk "MUSLIHAT". DSAI boleh jual kain buruk. Coming Soon "The New Promise on AidilAdha". Pelakonnya sama. Kita sedih kalau kebijaksanaan digunakan untuk kedudukan tanpa memikirkan hubungan baik sesama rakyat. Ini yang sedang kita hadapi kini. PEACE.

sumandak bayu said...

Salam Bro....

nilah yang tersirat dengan perjuangan Bro Anwar selama ni harao rakyat Malaysia nampak dah mushibah kalo nak calonkan dia jadi PM gak