Wednesday, December 3, 2008

UMNO pecat Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta merta ekoran beberapa tindakan beliau yang bertentangan dengan etika parti termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini juga turut menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini berkata, Zaid dipecat kerana menghadiri Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu selain tindakannya menghadiri beberapa program anjuran parti pembangkang.
“Pemecatan ini adalah muktamad dan tidak boleh merayu,” tegasnya.
Beliau memberitahu, Zahar pula digantung kerana beberapa tindakannya yang menimbulkan perkara sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dalaman.
Difahamkan antara sebab Zahar dipecat ialah kerana menyertai laman-laman web propembangkang dan melontarkan idea-idea yang bertentangan dengan prinsip parti.
Ditanya mengenai tindakan pemecatan terhadap Zaid, Abdullah berkata, tindakan tersebut adalah satu keperluan berdasarkan pada apa yang dilakukan oleh Zaid.
“Dalam UMNO kita tidak amal double standard. Lain orang, lain keputusan. Tindakan Zaid dengan kehadiran beliau di kalangan pemimpin parti pembangkang dalam majlis-majlis yang diadakan pembangkang dilihat sebagai menyalahi etika parti,” katanya.
Dalam pada itu, Abdullah menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai pakatan pembangkang.
Menurutnya, pada pertemuan semalam Arif Shah menyatakan akan tetap setia bersama BN dan tidak berminat menyertai parti lain.
Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, MT memutuskan supaya persiapan disegerakan dan badan-badan perhubungan UMNO negeri turut disaran membantu jentera pilihan raya parti.
Katanya, calon BN belum dapat ditentukan lagi dan tarikh pilihan raya kecil itu akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). utusan online
......................................................................................
Setuju sangat dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO memecat Datuk Zaid Ibrahim ni. Tindakan beliau menghadiri majlis parti pembangkang menunjukkan beliau sengaja mencabar UMNO. Tidak nampak pun apa jasa yang beliau tabur untuk negara. Selama ni beliau sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dan mengkritik cara bekerja menteri lain. Memang patutpun beliau dipecat kerana memang tidak membawa sebarang keuntungan kepada UMNO. Membazirkan duit rakyat ja lantik dia sebelum ni.

4 comments:

daddy-wafiah said...

Sepatutnya Zaid Ibrahim ni,Paklah tak payah lantik jadi menteri di JPM atau mana2 portfolio kementerian pun..menghabiskan boras jak...nda tau malu langsung..

sumandak bayu said...

Salam Bro,

blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini,

http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

sumandak bayu said...

Salam bro..

Mohon untuk melihat blog ini kerana Sumandak dapati Ajeem adalah individu yang perlu dibimbing ke landasan yang betul...

Ulasan perlulah kita sertakan fakta kerana Ajeem seorang yang cukup berprinsip hanya fakta sahaja dapat mematahkan hujah yang diutarakan di dalam blognya.

http://egimbb.blogspot.com/2008_12_01_archive.html

Anonymous said...

bagus lah pemimpin yg gaya mcm sesumpah di buang dari UMNO krn pemimpin yg sebegini rupa yg merosakkan parti! tindakan lembaga displin UMNO adalah tepat & pemimpin dan ahli2 UMNO bertindak sama spt zaid ibrahim misti ditendang kuar dari UMNO ASAP! Bukan marah tapi nasihat!

Adolf Hitler Jr