Thursday, February 26, 2009

Lantik wakil pembangkang bukti terbuka

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pelantikan dua Ahli Parlimen pembangkang sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan sebagai bukti keterbukaan serta kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi kegiatan rasuah di negara ini.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, sekurang-kurangnya dengan pelantikan dua ahli Parlimen itu, Abdullah mengiktiraf peranan pembangkang untuk membantu kerajaan memerangi gejala rasuah yang sehingga kini masih berlaku.
''Saya yakin dan percaya dua ahli Parlimen tersebut iaitu Dr. Tan Seng Giaw (DAP) dan Salahuddin Ayub (Pas) mempunyai idea-idea serta cara yang berkesan untuk menghapuskan gejala rasuah.
''Yang penting penglibatan mereka di dalam jawatankuasa itu dapat mengatasi masalah 'pendakwaan terpilih' kerana mereka mempunyai platform untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pelantikan Seng Giaw dan Salahuddin sebagai anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah seperti mana yang diumumkan semalam.
Sumber: Berita Harian Online

2 comments:

waritarakyat said...

Kerajaan yang diterajui oleh Pak Lah (PM) sememangnya mengambil berat menganai hal ini. Siapa yang bersalah tetap akan diambil tindakan sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Ini menunjukkan ketelusan kerajaan dalam menangani rasuah di Malaysia.

sabahwatch said...

Dijemput datang - http://wwwsabahwatch.blogspot.com/