Monday, August 18, 2008

PENGUNDI BOLEH NILAI SENDIRI - ARIF SHAH

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah yakin penduduk Permatang Pauh mampu menilai prestasi pakatan pembangkang yang memerintah Pulau Pinang setakat ini.
Menurut Arif, dalam tempoh kira-kira enam bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang, tidak banyak pembangunan dilakukan sebaliknya mereka hanya mencari salah pemerintahan kerajaan negeri terdahulu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, sepatutnya pakatan pembangkang berusaha mencari idea bagi membantu mengembangkan ekonomi penduduk selain membawa masuk pelabur ke negeri ini namun sebaliknya berlaku.
''Apabila mereka memegang teraju kerajaan negeri, apa yang diperkatakan tidak dikotakan malah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu, kerajaan negeri tidak menyatakan apa agenda dan perancangan yang akan dilakukan.
''Hanya ADUN dari pembangkang iaitu BN yang memberikan cadangan, jadi dalam hal ini ia boleh memberi kelebihan kepada kita dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Arif akan berhadapan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
Menurut Arif, walaupun menjadi ADUN Seberang Jaya, iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh namun beliau sukar mendapat akses dengan kerajaan negeri menyebabkan banyak cadangan untuk pembangunan kawasan itu sukar dilaksanakan.
''Namun jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, saya mempunyai akses secara terus dengan Kerajaan Pusat dan ini akan membolehkan dana kewangan disalurkan secara langsung kepada penduduk di situ.''Justeru apa yang ingin saya lakukan ialah memberikan pembangunan untuk penduduk Permatang Pauh," katanya…Utusan Online

2 comments:

Anonymous said...

betui ckp YB arif penduduk/pengundi pemtg pauh harus memberikan undi kpd org yg rapat dgn org2 atasan(kerajaan BN) supaya segala pmasalahan penduduk dpt di sampaikn ASAP!

waritarakyat said...

Saya bersetuju dengan tuan/puan. Pembangkang sebenarnya suka mencari kesalahan dan menuduh kerajaan dengan macam-macam. Sepatutnya mereka perlu menjadi pembangkang yang profesional yakni mementingkan hal pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Selamat berpuasa dan menyambut hari raya. daripada warita rakyat dan keluarga.