Monday, August 18, 2008

TETAP BANGGA DENGAN LEE CHONG WEI

Tentunya banyak hati yang remuk melihat Lee Chong wei tewas kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dalam perlawanan akhir semalam. Apatah lagi dia tewas mudah 12 - 21, 8 - 21. Namun begitu, LCW sudah mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk merealisasikan impian beraksi di Olimpik dan melangkah ke final. Namun malang dia gagal memberikan aksi terbaik. Bagi saya tidak wajarlah rakyat Malaysia marah dan menyalahkannya di atas kekalahan itu kerana dia telah memberi segala yang terbaik untuk berada di tempat sekarang. Munngkin nasib belum menyebelahi kita untuk membawa pingat emas pada Olimpik kali ini. Buat Chong Wei.....Tahniah dan teruskan perjuangan!!!

3 comments:

sumandak bayu said...

ya betoi lah tu takkan dalam apa juga game kita nak salahkan pemain kita kalo tak mencapai target negara. Sekurang-kurangnya LCW dah dapat mengharumkan nama negara kita.

Macam motto sukan kita; Kalah Menang Adat Bersukan tetapi semangat kesukanan tetap ada.

HIDUP MALAYSIA

rumandawi said...

to Sumandak Bayu,
Yeah!! semangat itu yg best sekali! Ngam2!! Dalam apa2 perkara pun, negara tatap nombor satu bah kan? Siapa lagi yg mo syg negara klu bukan kita. Apapun, sia ucapkan selamat berjuang di sana..jaga diri, sihat berpanjangan..

waritarakyat said...

Sebagai rakyat Malaysia sememangnya rasa bangga dengan kejayaan Lee Chong Wei. Kita berharap agar ramai lagi yang akan menjadi seperti beliau.